Friday, 31 May 2013

Bila Tak Ketahuan Hala Nak Buat Apa

Aku punye cuti dah nak dekat habis dah,tapi aku masih tak ketahuan nak buat apa..Untuk pengetahuan sidang hadirin sekalian homework aku pon masih terbengkalai lagi.Semoga Allah kuatkan aku untuk menjalani kehidupan seterusnya dengan tenang dan damai.Mungkin aku masih belum dekat dengan Nya. Apa pun aku ada story mory nak dikongsikan dengan kengkawan yang jenguk blog aku ni kan. Kalau tak buat apa aku nak update idak??

Tersebutlah kisah aku ni masa nak ambik exam mid year hari tu...macam-macam rintangan dan cabaran yang terpaksa aku hadapi bagi menyelesaikan 11 subjek yang aku ambil. First and foremost,kami terpaksa tangguh exam arab sebab mengikuti bahas ala parlimen bahasa inggeris..punya la sedih sebab kena habis exam lambat daripada orang lain..aku jadi tak bersemangat nak buat exam tu dan soalannya pun mak datuk susahnya....

Rintangan yang kedua ialah sambutan hari guru .Memang tidak menjejaskan apa-apa pun sebenarnya tapi sambutan kali ini yang dikendalikan oleh kai pengawaas tingkatan 4 tidak berapa nak menjadi ditambah pula keserabutan peristiwa sebelum tu (adalah privasi sikit) membuatkan aku rasa down dan effect aku punya pembelajaran...

Untuk pengetahuan sahabat-sahabat,aku ni minat mata pelajaran Sejarah..Allah uji aku bila nak exam paper 2 Sejarah aku diserang gastrik yang sebelum ni tak pernah aku alami..memang perit tak terkata rasa sakit perit pedih perutku ini. Mula-mula ingat tak mau dah ambil exam Sejarah tu sebab aku tak sempat nak baca apa-apa...tapi dah memikirkan exam arab pon tak ambil lagi nak tambah Sejarah pula,boleh gila aku..

Begitulah serba sedikit kisah sedih yang aku nak kongsikan bersama, mungkin akan membawa pengajaran kepada kita semua termasuk la diri aku sendiri. Walau sebesar mana ujian datang,sentiasa ingat yang Allah sayang kita sebab tu la Allah pilih kita untuk terima ujian itu .Jangan mengeluh kerana Allah takkan memberati seseorang insan dengan ujian yang tak tertanggung oleh hambaNya.....Semoga kita tergolong dalam kalangan orang yang bersyukur dengan nikmat dan kurniaNya....ameeeennnnnn.....

Thursday, 2 May 2013

Apabila Sebulan menetap di SMKAB

Assalamualaikum...semua apa khabar? aku Alhamdulilllah masih diberi kesempatan meneruskan perjuangan sebagai hamba Allah S.W.T... dh lama aku tak balik rumah tau..ni baru ada kesempatan tatap rumah puas2..rumah pun dah design lain.mak aku punya kerja maklumla kreatif..sebab apa aku tak balik??bukan dok sbp pun dok smka je tapi dh sebulan tak balik.....aku wakil negeri kedah ke nadwah kepemimpinan islam kat johor...bersama aku dari smka baling tercinta amnani syafinaz,amanina zamri,hidayah mohamad,anis syuhadah,fatiha padzli,ikmal najib,izhar ishak,nu'man isa,safwan ghazali dan al hafiz...memang banyak pengalaman yang aku dapat moga dapat apply kat sekolah kan??pengalaman yang xleh aku lua aku sempat jadi penghuluwati untuk sehari..walaupun sekejap namun cukup bermakna...dua tiga hari lepas sekolah aku adakan majlis anugerah cemerlang.Alhamdulillah aku juga tergolong dalam anugerah tu..9A PMR 2012 dan cemerlang kokurikulum tempat ketiga kuiz bahasa arab peringkat negeri MISS.sehari lepas tu asrama adakan gotong royong perdana..seronok sngat namun ada jugak yang curi tulang tapi ta apalah bila buat kerja rmai2 ni sorang xde pon xpe kan..???aku dah mula tugas sebagai seorang pengawas..doa2 moga dapat menjalankan tugas dengan amanah...

" Janganlah engkau khianati Allah dan Rasul,dan jangan engkau khianati amanah yang diberikan ,sedangkan kamu menegetahui"