Tuesday, 26 March 2013

Mukadimah Pemanis ukhuwwah


ahoiii,assalamualaikum,apa khabar iman anda semua hari ni. Alhamdulillah kalau sihat. Bagi yang sedang dok ngumpat tu beringat sikit kite dah tua.ahaksss… mungkin aku jarang updte kat sini kan3? Tapi aku akn cubala semampu mungkin supaya boleh update selalu. Blog ni aku pun tataw kenape aku buat tapi aku rasa main dia senang je, aku nak try asah bakat aku dalam menulis ni.first story aku nk kongsi kat sni adalah tentang truly story daripada kawan kpd kawan kepada kwnnya  dan sampai la kat kwan aku dan cerita kat aku…..

Daripada seorang kekasih kepada kekasih


Tahu macam mana Kekasih yang satu menunjukkan rasa kasihnya kepada orang yang dikasihiNya. Ada satu kisah yang akan membawa anda semua berfikir adakah tindakan ini wajar atau tidak.

Dalam satu majlis ilmu, seorang sahabat ingin sekali menegur sikap sahabatnya. Pada mulanya dia berasa ragu namun apabila dia mengumpul keberaniannya dia pun berkata
   “ Boleh saya menambah sesuatu? Saya ingin menegur tentang sesuatu perkara yang kita semua tahu yang kita tak boleh nak buat dan saya termasuk anda semua juga rasa ingin nak buat….” tiba-tiba ada yang mencelah..
  “ Boleh tak kalau cakap tu tak payah nak peril-perli. Cakap straight  sudahlah. Dan lagi satu saya takkan terima nasihat selain daripada si fulan dan si fulan sahaja,”
  “ Tidak mengapa kalau tidak mahu terima. Tapi saya tak suka ada diantara kita yang berkapel. Kapel tu kan haram. Boleh mendorong kepada zina,” terasa ingin sahaja dia lari dari situ. Entah mengapa terasa maruahya diinjak-injak sebegitu rakus sekali. Dia menahan air matanya daripada gugur.


Jika anda berada dalam situasi orang yang sedang menegur itu apa yang anda rasa? Mungkin malu,mungkin rasa marah. Namun dia juga bersalah kerana tidak pandai menggunakan kaedah berkomunikasi dengan betul. Pada fikiran anda adakah dia bersalah? Namun hanya Allah sahaja yang mampu mengadili kerana Dia adalah sebaik-baik pengadil.
Jika anda berada di tempat orang yang lancang tadi. Apa yang anda rasa? Mungkin malu kerana teguran tadi tepat kena batang hidung mancung anda sendiri.

Dan ingin sekali aku tegaskan disini betapa beruntungnya kita ada sahabat yang sentiasa menjadi cermin buat diri kita. dekat sini aku nak bagitau  orang yang tak tau yang Allah dah menunjukkan kasih sayang dengan mengurniakan teguran melalui seorang sahabat. Dengan lembut pulak tu. Macam mana kalau Allah terus turun bala? Na’uzubillahiminzalik….renung-renungkan semua betapa pentingnya sahabat kepada kita….

  

No comments:

Post a Comment