“
Ziyad, tunggu aku,” laung Asyraf Qadri sebaik sahaja memasuki pekarangan
Sekolah Menengah Kebangsaan Megat
Iskandar.
“ Kau ke Asyraf ingatkan siapalah tadi,”
balas Ziyad Hakimi ringkas. Mereka berjalan seiringan menuju ke kelas
masing-masing. Asyraf masih di tingkatan empat iaitu kelas 4 Sains 1 manakala
Ziyad pula berada di tingkatan lima iaitu 5 Akaun 1. Walaupun berbeza cara
pemikiran namun mereka tetap satu, sebagai sahabat.
“ Mari, aku hantarkan engkau pulang,” pelawa
Ziyad selepas mereka selesai mengadakan latihan bola sepak di sekolah.
“ Terima kasih, menyusahkan engkau pula,”
balas Asyraf tersenyum senang. Asyraf sememangnya berasal daripada keluarga
yang miskin. Ibunya hanya seorang penjual nasi lemak di tepi jalan. Ayahnya
baru meninggal dunia dua tahun lepas disebabkan serangan angin ahmar yang
teruk. Kini, ibunya sahajalah yang membanting tulang empat kerat untuk menyara
kehidupan mereka sekeluarga.
Pergi ke sekolah juga Asyraf terpaksa
berjalan kaki. Cuma kadang-kadang Ziyad datang menjemputnya dengan motosikal.
Berbeza dengan Asyraf, Ziyad seorang anak daripada sebuah keluarga yang kaya
dan dihormati. Ayahnya merupakan ahli korporat yang berjaya sementara ibunya
memiliki sebuah butik yang terkenal.
“ Hai Asyraf.kenapa basah kuyup ni? Main hujan
ke, nanti kalau kau demam siapa yang susah? Aku juga,” kata Ziyad suatu hari
ketika terserempak dengan Asyraf di kedai Pak Cik Yusof.
“ Bukan aku sengaja. Aku hendak ke
perpustakaan awam tu. Tapi dalam perjalanan, hujan turun tanpa henti. Aku pun
menumpang berteduh disini,” jawab Asyraf.
“ Kenapa kau tidak memberitahuku lebih awal
di sekolah tadi? Aku boleh menghantar kau ke sana. Lagipun mama dan papa baru
sahaja membelikan sebuah kereta jenama Perodua
untukku. Nanti jika ada kelapangan bolehlah aku mengajar engkau cara memandu
kereta. Senanglah nanti jika engkau mahu mengambil lesen,” wajah Ziyad tampak
gembira. Asyraf turut senang mendengar perkhabaran tersebut. Tiada sekelumit
rasa cemburu tumbuh di hatinya. Asyraf juga banyak terhutang budi kepada
keluarga Ziyad. Yuran persekolahannya juga ditanggung oleh Pak Cik Zakaria,
bapa Ziyad. Namun keluarga Ziyad tidak pernah mengungkit kebaikan yang mereka
hulurkan. Ibu Asyraf juga tidakdipaksa untuk membayar hutang mereka. Mereka tahu
anak-anak mereka berkawan baik. Sememangnya mereka sungguh mulia pada kaca mata
Asyraf kerana walaupun kaya raya, mereka tidak menyombong dengan orang lain.
Kata mereka harta keluarga mereka tidak habis dimakan 7 keturunan jadi tridak
salah jika mereka bersedekah sekali sekala.
“ Marilah aku temankan engkau ke
perpustakaan. Aku juga sedang dilanda kebosanan. Bila lagi mahu merasa naik
kereta baru aku ni,” seloroh Ziyad . dia senang bersahabat dengan Asyraf kerana
ikhlas bersahabat dengannya sedangkan teman-temannya yang lain hanya berkawan
dengannya untuk berkongsi kekayaan dirinya. Bukan dia hendak berkira namun dia
ingin mencari seorang sahabat yang sentiasa ada di waktu dia senang atau susah.
“ Hawa, aku dengar ada senior tingkatan lima yang menaruh hati pada engkau, betul ke?”
Tanya Anwar kepada Hawa Zulaikha.
“ Mana ada. Gosip semuanya itu,” balas Hawa
ringkas. Dia ada juga mendengar tentang perkara itu namun didiamkannya sahaja.
Dia ingin menumpukan sepenuh perhatian kepada pelajarannya. Sekarang bukan
masanya untuk bercinta.
Hawa Zulaikha merupakan seorang pelajar
perempuan yang cantik dan bijak. Dia sememangnya digilai ramai pelajar lelaki
di sekolah itu. Namun, harapan jejaka itu semua musnah kerana senior tingkatan
lima yang dimaksudkan itu ialah Ziyad Hakimi, pelajar paling kaya dan kacak di
sekolah. Cukup sempurna untuk Hawa berbeza dengan lelaki lain.
Asyraf melangkah longlai menuju ke kelasnya.
Dia baru shaja berjalan kaki sejauh dua kilometer untuk sampai ke sekolahnya.
Ziyad tidak dapat mengambilnya hari ini kerana ada mesyuarat Majlis Tertinggi Pengawas yang melibatkan
dirinya. Sebaik sahaja tiba di kelas, suasana kelas 4 Sains 1 menjadi hingar
bingar seperti pasar malam.
“ Ada apa ini? Majlis hari lahirkah? Kenapa
aku tidak diberitahu?” getus hati Asyraf.
“ Kawan-kawan nak tahu ketua pengawas kita, Ziyad
Hakimi anak orang kaya Zakaria tu sukakan kawan kita ni, Hawa. Semakin
popularlah dia kalau bercinta dengan Head
Boy tu,” suara Natrah bergema keseluruh kelas Hawa hanya tertunduk malu.
Mungkin dalam hatinya ingin sahaja dia berteriak menyuruh mereka diam. Namun,
dia takut nanti akan terjadi pertengkaran kerana Natrah sebenarnya salah
seorang peminat Ziyad.
Kata-kata Natrah sebentar tadi membuatkan
jantung Asyraf berdegup kencang. “Mengapa dia, ya Allah. Mengapa Ziyad yang
sukakannya. Bantulah aku untuk menghadapi perasaan ini,” doa Asyraf dalam hati.
Ada sedikit kekecewaan timbul di benaknya. Hawa merupakan gadis yang disukainya
sejak di tingkatan satu. Ziyad Hakimi sememangnya pelajar baru di situ kerana
baru berpindah ke sekolah tersebut pada tahun lepas.
Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia akan
diadakan tidak berapa lama lagi. Semua pelajar tingkatan lima sedang bertungkus
lumus mengadakan persiapan akhir untuk menghadapinya. Asyraf tidak mahu
mengganggu Ziyad pada waktu genting ini. Biarlah sahabatnya yang satu itu
berusaha untuk menempa kejayaan yang cemerlang.
Pada hari peperiksaan berlansung, Asyraf
tetap datang ke sekolah untuk memberi sokongan kepada Ziyad. Namun, harapannya
hancur apabila lambaiannya juga tidak dibalas oleh Ziyad.
Asyraf tidak pernah kenal erti putus asa.
Dia sentiasa datang pada hari berikutnya walaupun Ziyad seakan-akan menjauhkan
diri daripadanya.
“ Mungkin Ziyad tertekan,” Asyraf berfikiran
positif. Dia tidak mahu berperasangka
buruk terhadap sahabatnya.
“ Anak ibu, Asyraf tahu atau tidak yang
Ziyad dan keluarganya telah berpindah ke
Kuala Lumpur,” ujar Puan Azrina pada suatu hari.
“ Tidak pun ibu. Siapa yang memberitahu ibu
tentang perkara ini?” soalan ibunya dibalas dengan pertanyaan juga.
“ Ibu ada berjumpa dengan Mak Cik Dahlia
kamu tu. Katanya mahu berpindah hari ini. Dia juga ada berkirim salam kepada
kamu,” kata Puan Azrina lagi. Menyirap darah muda Asyraf. Dia tidak menyangka perkara seperti
ini akan berlaku. Apa sebenarnya salahnya kepada Ziyad sehinggakan dia
berpindah juga tidak dikhabarkan kepada Asyraf. Asyraf menuju ke rumah agam milik
keluarga Ziyad dihujung kampung namun hampa apabila rumah itu kelihatan kosong
dan mempunyai papan tanda ‘untuk disewa’ di hadapan pintu pagar rumah itu.
Hari ini keputusan SPM akan diumumkan.
Asyraf menanti dengan penuh harapan
untuk berjumpa dengan Ziyad. Dia ingin tahu mengapa Ziyad begitu dingin
dengannya. Sehingga akhir waktu persekolahan Ziyad masih tidak muncul-muncul.
Asyraf diberitahu oleh Cikgu Abdullah bahawa
Ziyad memperoleh keputusan yang cemerlang dalam SPM.
“ Aku juga ingin menjadi seperti dirinya,”
azam Asyraf. Semoga pada tahun ini dia juga dapat membanggakan ibu serta
guru-gurunya kerana memperoleh keputusan yang cemerlang sekaligus
merealisasikan impiannya untuk menjadi pakar bedah suatu hari nanti.
“ Ziyad, walaupun kau dah tidak bersamaku
lagi seperti dahulu, aku akan membawa semangat engkau bersamaku kerana hanya
itulah yang mengubat kerinduan pada diri engkau, sahabatku,” Asyraf berbisik di
dalam hatinya agar bersabar. Suatu hari nanti dia pasti akan bertemu Ziyad
untuk menjelaskan segala-galanya.
Asyraf tersedar apabila namanya diumukan
oleh pengetua. Dia tidak menyangka dia Berjaya mendapat keputusan yang
cemerlang dalam peperiksaan SPM. Dia melangkah dengan bangga ke atas pentas.
Kedengaran tepuk sorak rakan-rakan, ibu bapa serta guru-guru mengiringinya.
“ Terima kasih atas doa kalian. Aku pasti
tidak akan Berjaya tanpa berkat kalian. Alhamdulillah, terima kasih ya Allah
kerana memberi peluang kepada hambamu yang hina ini untuk merasai nikmat
kejayaan. Semoga dengan kejayaan aku ini aku dapat menaikkan martabat umat
Islam,” doa Asyraf di dalam hati. Dia amat berharap dapat berkongsi kejayaan
ini bersama teman baiknya namun dia tahu bahawa ada satu kesalahan yang
dilakukannya yang membuatkan temannya itu menjadi jauh hati dengannya.
Sebaik sahaja Asyraf turun dari pentas, dia
melihat kelibat seseorang yang amat dan cukup dikenalinya.
“ Ya Allah, Ziyad,” laung Asyraf dikejauhan.
Dia berlari-lari anak menuju seseorang yang amat dirinduinya selama ini. Tubuh
itu dirangkul erat.
“ Maafkan aku Ziyad jika aku telah melukai
hati engkau,” Asyraf tidak putus-putus memohon kemaafan.
“ Engkau todak bersalah, Asyraf. Aku yang
bersalah. Aku telah salah faham terhadap engkau. Ada orang yang menabur fitnah
yang menagatakan engkau bersahabat
denganku hanya untuk hartaku. Mereka juga mengatakan yang engkau yang menyuruh
Hawa membalas cintaku supaya nanti engkau boleh sama-sama berkongsi ‘hartaku’
bersama Hawa. Maafkan aku kerana telah mempercayai mereka. Sekarang aku sedar
bahawa hanya engkau sahabat sejatiku. Maafkan aku juga kerana mengambil Hawa
daripada engkau. Hawa telah menjelaskan semuanya kepadaku,” terang Ziyad
panjang lebar.
“ Sudahlah Ziyad. Aku tidak pernah
memasukkannya ke dalam hati. Aku harap lepas ini ikatan kita tidak akan pernah
putus. Moga juga Allah menunjukkan jalan yang baik kepada kita,” tahulah Asyraf
bahawa dia telah menjadi mangsa fitnah oleh shabatnya sendiri. Namun dia
bersyukur kerana apa yang berlaku akan dijadikannya pengalaman agar lebih
berhati-hati dalam memilih sahabat. Biarlah kawan yang dicari itu ada semasa
senang dan semasa susah. Ketawa bersama,
menangis pun bersama, kubersumpah harap kita mati pun bersama.
No comments:
Post a Comment